fbpx

Tiga maut pikap terlibat nahas dengan treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lelaki maut selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah treler muatan minyak sawit di Batu 16, Jalan Lahad Datu – Sandakan malam tadi. Foto Ihsan Bomba

LAHAD DATU – Tiga lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabit kemalangan dengan sebuah treler muatan minyak sawit di Batu 16, Jalan Lahad Datu – Sandakan malam tadi.

Kemalangan ngeri itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa tersepit dalam kenderaan jenis Isuzu D-Max sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian.

Identiti mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Mohd. Azizi, 28, yang juga pemandu, penumpang belakang, Muhammad Zulkhairi Ismail, 29, dan penumpang hadapan, Mohd. Rasman Ahmat Kechil, 28.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.52 malam sebelum 12 anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Tiga mangsa lelaki ditemui tersepit di dalam kenderaan dan berjaya dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia, manakala pemandu treler lelaki berusia 61 tahun cedera dan dihantar ke hospital,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI