fbpx

Hujan lebat di utara, selatan Semenanjung hingga 9 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, susulan jangkaan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di enam negeri sehingga 9 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka melibatkan Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.

“Kedah di Langkawi. Manakala, Perak di Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak serta di Selangor pula, di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

“Di Negeri Sembilan, antara kawasan dijangka terjejas adalah Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin. Manakala, di Johor adalah Tangkak, Muar dan Batu Pahat,” lapor MetMalaysia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI