fbpx

P. Pinang tunggu notis mula bina LRT Laluan Mutiara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (tengah) ketika merasmikan Hari Pengangkutan Pulau Pinang 2025 di George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang masih menantikan ‘notice to proceed’ atau notis untuk memulakan kerja rasmi daripada Kementerian Pengangkutan bagi memulakan pembinaan fizikal Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, walaupun notis rasmi itu belum dikeluarkan, beberapa kerja awal telah pun dilaksanakan di tapak termasuk kajian berkaitan tanah, pengambilan tanah serta rundingan pampasan dengan pemilik-pemilik terlibat.

“Notis rasmi itu penting untuk membolehkan kerja fizikal pembinaan secara penuh berjalan mengikut pelan dan jadual yang telah dirancang.

“Buat masa ini, kita masih menunggu arahan rasmi daripada pihak Kementerian Pengangkutan dan Mass Rapid Transit Corporation (MRTC),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Hari Pengangkutan Pulau Pinang 2025 di sini, hari ini.

LRT Mutiara sepanjang 29.5 kilometer itu merangkumi 21 stesen strategik dan direka untuk meningkatkan keterhubungan antara Pulau Pinang dan tanah besar, sekali gus mengurangkan kesesakan jalan raya serta mempertingkat aksesibiliti.

Pelan jajaran utamanya merangkumi laluan dari Pulau Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR-A) ke Penang Sentral dan Stesen Komtar di Georgetown, dengan perkhidmatan tren dijadualkan bergerak secara bergilir di sepanjang laluan berkenaan.

Menurut Kon Yeow, kerajaan negeri telah menunaikan tanggungjawabnya apabila menyerahkan sepenuhnya peranan berkaitan projek LRT kepada MRTC dan melepaskan peranan SRS Konsortium sebagai pihak yang pernah memohon pelaksanaan LRT sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI