fbpx

SST: Pengusaha taska swasta usah naik yuran terlalu tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy bersama semua penerima anugerah pada program itu.- Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA LANGAT – Pengusaha prasekolah dan taska swasta diseru tidak mengambil kesempatan menaikkan kadar yuran tinggi susulan pelaksanaan semakan kadar Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) mulai Selasa ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, caj cukai itu hanya dikenakan bagi mereka yang membayar yuran tahunan lebih RM60,000 seorang, maka secara keseluruhan tidak memberi kesan kepada ibu bapa terutama golongan B40 dan M40.

“Kita berharap mereka (pengusaha) menjalankan tugas dengan jujur kerana semua orang memerlukan tempat (pusat jagaan) itu. Janganlah kita mengenakan caj berlebihan (daripada kadar semasa) atau pun secara keterlaluan

“Kebanyakkan ibu bapa bukan terdiri daripada kategori membayar yuran lebih RM60,000 bagi seorang murid sepanjang tahun,” katanya selepas merasmikan program Apresiasi Rakan Strategik Anjung Sinar di Pulau Carey di sini, lewat petang tadi.

Bermula 1 Julai ini, kerajaan melaksanakan semakan kadar SST dan peluasan skop percukaian bagi memperkukuh kedudukan fiskal negara tanpa membebankan rakyat terbanyak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI