fbpx

Bapa pukul anak, marah buat air kopi suam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Christopher

MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera di kepala dan tangan dipercayai dipukul bapanya hanya kerana mangsa membancuh kopi suam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan polis dibuat oleh ibu mangsa yang juga guru tuisyen pada pukul 9.11 malam di Balai Polis Tanjung Minyak semalam.

Katanya, berdasarkan laporan yang dibuat wanita itu mendapati anaknya dipukul selepas dia pulang ke rumahnya di Taman Cheng Baru pada pukul 10.30 malam, Rabu lalu.

“Wanita itu mendapati kepala anaknya berbalut. Suaminya memberitahu dia memukul mangsa kerana kanak-kanak tersebut menipu.

“Mangsa mengalami kecederaan di kepala selain lebam tangan kiri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan lelaki itu bertindak demikian kerana anaknya dikatakan tidak membancuh kopi menggunakan air panas seperti diarahkan.

Apabila ditanya, mangsa cuba berdalih menyebabkan bapanya berang lalu membaling kerusi ke arah kanak-kanak tersebut.

Ibu mangsa membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan anaknya.

Katanya, kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Melaka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI