fbpx

Bot karam Pulau Perhentian: Pemandu bot positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu mayat mangsa bot karam diangkat ke Jeti Kuala Besut hari ini.

BESUT – Bot karam yang mengorbankan tiga pelancong di perairan Pulau Perhentian Besar dekat sini malam tadi dikendalikan pemandu yang positif dadah.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, ujian urin mendapati pemandu bot pelancong terbabit positif dadah jenis Benzodiazepine dan lelaki berusia 22 tahun itu telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal juga mendapati berlaku pengabaian pemakaian jaket keselamatan dan perkhidmatan bot penumpang pada waktu malam yang melanggar peraturan ditetapkan Jabatan Laut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini hari ini.

Terdahulu, tiga termasuk dua beranak, manakala seorang kritikal setelah dinaiki mereka terbalik akibat dipukul ombak besar kira-kira 20 meter dari resort penginapan mereka di Pulau Perhentian Besar.

Mangsa meninggal dunia dikenal pasti sebagai Sarrvihka Arumugam, 3, dan bapanya, Arumugam Sativelo, 40, serta Vennpani Vijeya Raj, 10, manakala seorang lagi mangsa iaitu Sakthivel Thamil Selvan, 6, pula kritikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI