TOLAK tepi gosip cinta dengan Amira Othman, Fattah Amin terus mencairkan hati peminatnya apabila memuat naik video sedang ditata rias anak perempuan tunggalnya, Nur Fatima Aisya baru-baru ini.
Dalam video tersebut, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, Fatima memakaikan cermin mata hitam kanak-kanak bentuk hati, pengepit rambut dan rantai yang diletakkan pada kepala bapanya.
“Ons (okey) tak korang?” katanya dalam ruangan kapsyen.
Majoriti terhibur dengan gelagat dua beranak tersebut selain memuji Fattah yang memanggil anaknya sebagai Fatima berbanding nama timangan iaitu ‘Nyamma’.
“Macam itu sahaja Fatima buli daddy, comel Fattah jadi kanak-kanak.
“Kan elok panggil anak nama Fatima, ada maksud yang baik.
“Cuma Fatima je boleh gayakan Fattah macam ini, kelakarlah,” usik netizen.