fbpx

KPM siasat lelaki warga asing rasmi program sukan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video tular seorang lelaki didakwa warga asing sedang memberi ucapan perasmian dalam program sukan di sebuah sekolah dekat Semanggol, Perak.

IPOH – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menyiasat video tular memaparkan seorang lelaki warga asing merasmikan program sukan sebuah sekolah di daerah Kerian baru-baru ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, perkara itu dalam pengetahuannya dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kita dalam siasatan,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447H peringkat negeri di Hotel Casuarina@Meru, di sini semalam.

Terdahulu, video berdurasi tiga minit itu tular di media sosial dengan menunjukkan seorang lelaki dipercayai warga Pakistan sedang memberi ucapan perasmian dalam program sukan sebuah sekolah di Semanggol.

Difahamkan, lelaki itu bukanlah penaja program mahupun bapa kepada salah seorang pelajar yang terlibat dalam program berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI