fbpx

Bencana merosakkan bumi berpunca dari manusia kufur – Sultan Nazrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin menyampaikan titah pada Majlis Kemuncak Sambutan Maal Hijrah 1447H Peringkat Negeri Perak di Hotel Casuarina@ Meru di Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah pencabulan dilakukan terhadap mana-mana makhluk yang menyebabkan kemusnahan, kerosakan, pencemaran dan pembunuhan akan membawa kepada ketidakseimbangan dan terganggunya proses kitaran hidup alam semula jadi.

Baginda bertitah, kemunculan haiwan yang mula berkeliaran menghampiri penempatan manusia menandakan bahawa habitat mereka telah diganggu dan dicerobohi.

Titah baginda, Islam melarang keras sebarang bentuk pencemaran yang boleh merosakkan alam sekitar.

“Alam sekitar yang rosak bukan hanya memberi implikasi buruk kepada manusia bahkan seluruh alam akan merasai kesan yang mengundang bencana dan bahaya.

“Islam memandang perbuatan mencemarkan alam sehingga merosakkan habitat dan menjejaskan kehidupan makhluk sebagai perlakuan dosa dan pelakunya dilaknat,” titah baginda pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447H peringkat negeri di Casuarina@Meru di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI