fbpx

[VIDEO] Bahaya pakai pendakap gigi lama-lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pengguna TikTok @Dr Abdullah - Dental Legacy menjelaskan bahayanya memakai pendakap gigi untuk tempoh yang lama.

 

PETALING JAYA – Seorang doktor gigi memberi amaran kepada individu yang memakai pendakap gigi melebihi tempoh yang disarankan termasuk atas faktor semata-mata untuk berfesyen boleh membahayakan kesihatan pergigian mereka.

Menerusi perkongsian di TikTok, Dr. Abdullah berkata, orang ramai perlu mengelak untuk memakai pendakap gigi dalam tempoh lama sehingga mencecah lima hingga sepuluh tahun.

Jelasnya, pendakap gigi adalah alat rawatan aktif yang direka untuk digunakan dalam tempoh tertentu, biasanya antara dua hingga tiga tahun.

“Penggunaan terlalu lama boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan pergigian. Awak biarkan lima ke enam tahun tanpa awak buka, apa yang akan jadi pada tulang dan gusi awak? Gusi mengecut, tulang mengecut, akar gigi makin pendek. Jadi apa jadi pada gigi awak? Goyanglah,” katanya.

Beliau turut menegur sikap sesetengah individu yang menganggap pemakaian pendakap gigi sebagai fesyen tanpa memahami kesan jangka panjang terhadap kesihatan mulut.

“Kita dah bagi tempoh. Setiap kali awak pakai pendakap gigi, kita memang ‘target’ dua ke tiga tahun. Kalau lagi cepat, lagi bagus. Tapi awak berlama-lama sebab awak suka, awak rasa itu fesyen. Sebenarnya awak merosakkan benda-benda dalaman dalam gigi awak,” katanya.

Beliau turut menggesa mereka yang telah lama memakai pendakap gigi supaya segera berjumpa doktor gigi untuk menanggalkan pendakap dan beralih kepada pemakaian retainer.

“Yang suka buat perangai macam itu, tolong lupakan. Jumpa doktor gigi awak segera. Kalau siap, buka cepat-cepat, pakai retainer. Janganlah berlama-lama,” ujarnya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai sehingga ada yang mendedahkan terdapat kenalan mereka memakai pendakap gigi lebih daripada 11 tahun.

“Kawan saya pakai lebih dari 11 tahun tak buka-buka,” kata @izma haney.

“Saya pakai 3 tahun pun tak selesa, macam mana la orang yang pakai lama-lama,” ujar @nani_mk.

“Dulu gigi taring ke belakang. Pakai braces sampai gigi dah elok. Tiga bulan je gigi dah rata pastu cabut balik braces tu. Takut nak pakai bertahun” @Nurul Fatehah. – KOSMO! ONLINE

@ampangdentallegacyJangan sengaja buka braces lambat

♬ original sound – Dr Abdullah – Dental Legacy

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI