fbpx

Hukum pakai pendakap, sarung gigi adalah harus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Memasang pendakap gigi (braces) atau sarung gigi (veneer) adalah dibolehkan bagi tujuan rawatan disebabkan aib pada kerosakan gigi selain dapat mengembalikan fungsi gigi yang asal.

Itu jelas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) berhubung hukum memakai pendakap gigi dan sarung gigi menerusi artikel Irshad Al-Fatwa Siri ke-663 yang dikeluarkan hari ini.

PMWP berkata, berdasarkan dalil yang dikemukakan, hukum memakai pendakap gigi mahupun sarung gigi adalah harus.

Namun, katanya, tiada keperluan memakai veneer mahupun pendakap sekiranya tiada sebarang aib pada gigi atau hanya semata-mata untuk kecantikan.

“Rawatan kosmetik yang boleh mengubah ciptaan-Nya hanya boleh diterima pada situasi keperluan mendesak dan bukan semata-mata untuk kecantikan (tahsiniyyah).

“Sarung gigi ialah bahan lapisan buatan yang digunakan untuk dilekatkan ke atas permukaan gigi bagi memperbaiki penampilan struktur gigi dan dapat melindungi permukaan gigi daripada kerosakan.

“Manakala, pendakap gigi pula mempunyai pelbagai fungsi yang digunakan untuk perubatan seperti memanjangkan gigi yang pendek akibat haus dan mengisi segitiga hitam di antara gigi akibat renggang,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI