fbpx
TANGKAP layar menunjukkan situasi ketika gadis itu cuba mengalihkan plastik makanan yang tersekat pada pendakap giginya. - TikTok

Gadis terseksa plastik makanan tersekat pada pendakap gigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seorang gadis mendapat perhatian netizen gara-gara sukar mengalihkan plastik makanan yang tersekat pada pendakap giginya, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video tersebut dimuat naik ke akaun TikTok bernama @okeyhem.

Menerusi rakaman tersebut, seorang gadis dilihat cuba mengalihkan plastik makanan cilok, sejenis makanan dari Jawa Barat, yang terlekat pada pendakap giginya.

Rakannya yang merakamkan situasi tersebut turut membantunya kerana dilihat bersusah payah cuba mengalihkannya.

Gadis itu dilihat kesakitan ketika cuba mengikut arahan rakannya. 

Disebabkan tidak dapat mengalihkan plastik tersebut, dia akhirnya mengoyakkannya.

Perkara tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Siapa yang pernah pakai pendakap gigi sahaja yang tahu susah payah bila nak makan,” tulis seorang netizen. – Agensi

 

POPULAR