fbpx

Hutang budi perlu dibalas, Bella tidak akan dilupakan – Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq dan Bella.

PETALING JAYA – “Saya tidak akan lupakan… hutang budi itu perlu dibalas dan tidak akan dilupakan.”

Itu luahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam siaran langsung menerusi aplikasi TikTok malam ini, apabila menyentuh tentang peranan Bella Astillah yang disifatkannya sebagai individu luar biasa dan sentiasa berada di sisi sepanjang tempoh perkenalan.

“Saya rasa dia (Bella) sangat penting dalam menceriakan hidup saya, bekerja bersama saya dan sampai ke hari ini masih setia berada di sisi,” ujarnya.

Menurut Syed Saddiq, beliau terhutang budi atas segala pengorbanan dan sokongan yang diberikan oleh Bella.

“Apa yang saya lalui ini kecil jika dibandingkan dengan ujian hidup yang pernah diharunginya sebelum ini. Sebab itu saya panggil dia wanita luar biasa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan mendalam kepada kedua ibu bapanya yang menjadi tulang belakang sepanjang perjuangannya, terutama ketika berdepan ujian besar dalam tempoh lima tahun lalu.

“Tanpa ibu dan ayah, saya rasa saya tidak akan mampu berdiri teguh hari ini. Mereka ajar saya dari kecil nilai kesetiaan kepada negara, kekal berprinsip dan menjaga maruah walau diuji,” jelasnya.

Terdahulu, Syed Saddiq dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan hari ini atas empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim selepas membenarkan rayuan Syed Saddiq selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Dua lagi hakim yang turut bersidang Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI