fbpx

Guru silat ‘sentuh’ tiga murid lelaki dalam hotel, inap desa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Mahkamah Kota Bharu. - Gambar Hiasan

KOTA BHARU – Seorang guru silat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dengan mencabul dan memeluk tiga remaja berusia 15 hingga 17 tahun yang merupakan anak muridnya.

Tertuduh, Faizul Yusoff, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa mencabul seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di sebuah bilik hotel di sini kira-kira pukul 9 malam pada 13 Februari lalu dan pukul 3 pagi pada keesokan harinya.

Berdasarkan pertuduhan ketiga, Faizul didakwa memeluk dan menyentuh remaja lelaki berusia 17 tahun tiga bulan di sebuah inap desa di Kadok dekat sini kira-kira pukul 1 pagi pada 13 November 2023.

Mengikut pertuduhan keempat, tertuduh sekali lagi dituduh mencabul seorang remaja lelaki berusia 17 tahun satu bulan di sebuah inap desa di Bachok dekat sini kira-kira pukul 3 pagi pada 28 Januari lalu.

Keempat-empat pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nur Alyaa Mohd. Zain.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin untuk keempat-empat pertuduhan dan kes ditetapkan semula pada 27 Julai depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI