fbpx

Semua tahu, kecuali yang tak datang mesyuarat – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika menyerahkan Anugerah CBPK Kategori Buta 2024 kepada Nik Muhamad Ahnaf Rujhiee pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik STPM, MUET dan SKBMW 2024 di Dewan Besar Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang, hari ini. - SYAKIR RADIN/KOSMO!

SELAYANG – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menempelak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli bahawa kementerian yang diterajuinya tidak mempunyai dasar jelas.

Fadhlina berkata, setiap dasar dan reformasi baharu yang dibawa Kementerian Pendidikan (KPM) dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

“Semua Jemaah Menteri tahu setiap apa yang dibentangkan kecuali (kalau) tak datang meeting (mesyuarat).

“Jadi, saya tidak fikir kita terlepas daripada membentangkan soal-soal dasar utama reformasi-reformasi yang kita nak angkat di peringkat KPM,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Pelajar Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), ‘Malaysian University English Test’ (MUET) serta Ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing (SKBMW) 2024 di sini hari ini.

Terdahulu, Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengkritik KPM yang disifatkan gagal mengemukakan dasar jelas selepas lebih dua tahun Kerajaan Madani menerajui negara.

Kenyataan itu dibuat dalam episod pertama audio siar ‘Yang Berhenti Menteri’ (YBM) baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI