fbpx

Liga A1: Kelantan WTS FC sasar kedudukan ‘Top 4’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Shukry Pauzi (tengah) menyerahkan dokumen MOU Pelantinkan kerjasama kepada Wan Muhad Ridhuan (kiri) semasa Majlis Penyerahan Dokumen Memorandum Perjanjian (MOU) PUC Sport bersama WTS FC & NARA United di Kota Bharu. -FOTO oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Kelab Bola Sepak Wan Temdong Stable (Kelantan WTS FC) menetapkan matlamat untuk berada dalam kelompok empat pasukan terbaik dalam saingan Liga A1 Semi Pro musim 2025-2026 ini.

Pemiliknya, Wan Muhad, Ridhuan Wan Abdullah berkata, pasukan yang layak secara automatik ke liga devisyen dua negara itu yakin mampu memberikan saingan sengit kepada pasukan-pasukan lain termasuk nama-nama besar seperti Johor Darul Taazim II dan FC Seol Phoenix dari Korea Selatan.

“Mungkin keberadaan JDT II dan FC Seol Phoenix dalam Liga A1 Semi Pro bakal memberi cabaran besar buat Kelantan WTS tetapi dengan barisan pemain yang ada, kami yakin mampu bersaing. Dijangka JDT II dan Selangor FC II bakal menjadi lawan paling kuat buat pasukan ini.

“Persiapan pasukan sudah mencapai tahap 90 peratus. Namun kita dikecualikan daripada pengambilan pemain import dan akan menggunakan khidmat anak jati Kelantan sepenuhnya,” katanya.

Wan Muhad Ridhuan berkata, pihaknya turut membariskan pemain-pemain berpengalaman di pentas Liga Super sebagai persediaan Kelantan WTS FC mendepani cabaran dalam Liga A1 Semi Pro nanti.

Menurutnya, antara nama-nama besar yang disenaraikan adalah Wan Zaharulnizam Zakaria, Mohd. Nazrin Mohd. Nawi, Khairul Izwan Rosli serta beberapa orang lagi pemain berpengalaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN