PETALING JAYA – Sayu hati seorang anak apabila hanya ibunya sahaja yang pulang daripada menunaikan haji tanpa figura bapa yang telah menghembuskan nafas terakhir di Tanah Suci.
Momen penuh hiba itu dikongsikan di TikTok milik @Yourmemories.ch yang memaparkan detik kepulangan si ibu bersendirian ke tanah air tanpa suami tercinta di sisi.
“Pergi berdua… tapi pulang tanpa abah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Difahamkan, arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir ketika menjalani ibadah haji di Mekah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.
“Allah sayang abah tu, rezekinya dapat meninggal di rumah Allah. Pemergian yang dicemburui,” kata Selena Syiera.
“Kematian yang dicemburui. Semoga rohnya dicucuri rahmat,” ujar Dhanie.
“Arwah ayah awak baik sangat orangnya. Selalu senyum,” komen pengguna lain. – KOSMO! ONLINE