fbpx

Bunyi misteri dari siling rupanya…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat mengeluarkan biawak dari siling rumah. - Khaosod

BANGKOK – Sebuah keluarga di Ayutthaya tidak menyangka bahawa bunyi misteri yang sering didengari dari dalam siling rumah mereka rupanya berpunca daripada seekor biawak air yang ‘mendiami’ ruang itu, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Reptilia bersaiz lebih 2 meter panjang dan seberat lebih 30 kilogram itu ditemukan bersembunyi di dalam siling rumah selama beberapa hari.

Menurut ahli keluarga tersebut, mereka menyangka bunyi aneh yang kerap didengari dari dalam siling berpunca daripada tikus.

Namun, tekaan itu meleset apabila sebahagian siling runtuh, sekali gus mendedahkan penemuan biawak tersebut.

Sepasukan anggota penyelamat dipanggil ke rumah tersebut bagi menangkap reptilia itu.

Dengan menggunakan peralatan khas, mereka berjaya mengeluarkan biawak bersaiz besar itu dalam masa tiga jam. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI