fbpx

12 lagi rakyat Malaysia masih di Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian warga Malaysia disambut ahli keluarga selepas selamat tiba ke tanah air dari Iran susulan ketegangan memuncak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang malam tadi. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

SEPANG – Terdapat sekurang-kurangnya 12 rakyat Malaysia yang masih berada di Iran, termasuk pelajar dan individu yang berkahwin dengan warga tempatan.

Menurut Duta Besar Malaysia ke Iran, Khairi Omar, pihaknya sedang memantau keadaan mereka yang berada di beberapa lokasi termasuk di Tehran dan Syiraz.

“Kita pastikan mereka berada dalam keadaan selamat dan baik. Jika keadaan mengizinkan dan mereka memilih untuk keluar, kita akan bantu,” katanya.

Khairi bercakap kepada pemberita selepas tiba ke tanah air dari Iran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, malam tadi. – Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama kumpulan 24 individu yang berjaya dievakuasi dari Iran malam tadi.

Daripada jumlah itu, seramai 17 rakyat Malaysia ang berjaya dibawa keluar dari Iran terpaksa menempuh perjalanan mencabar sejauh 1,000 kilometer melalui laluan darat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI