fbpx

EPL: Nunez pasti tinggalkan Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ gagal menarik perhatian Slot untuk terus kekal di Anfield menyebabkan dia perlu mencari destinasi baharu kariernya. - AFP

LONDON – Pakar perpindahan, Fabrizio Romano mendedahkan bahawa penyerang Liverpool, Darwin Nunez hampir pasti akan meninggalkan Anfield pada musim panas kali ini selepas tidak berada dalam perancangan pasukan itu musim depan.

Pemain berusia 25 tahun itu hanya meledak tujuh gol musim lalu dan sekadar lapan kali berada dalam kesebelasan utama untuk aksi Liga Perdana Inggeris menyebabkan dia semakin tersisih daripada perhatian pengendali pasukan itu, Arne Slot.

Kelab Arab Saudi, Al Nassr pada Januari lalu telah menawarkan nilai perpindahan sebanyak £70 juta (RM400.13 juta) dan dilapor sedia untuk kembali melakukan bidaan baharu.

Bagaimanapun, Liverpool ketika ini dikatakan sanggup untuk melepaskan khidmat pemain antarabangsa Uruguay itu pada nilai sekitar £42.7 juta (RM244.08 juta) sahaja untuk memastikan Nunez meninggalkan Anfield.

Nilai terbaharu yang diinginkan The Reds menarik minat gergasi Itali, Napoli dan Nunez juga dikatakan berminat dan bersetuju untuk menjadikan Naples sebagai destinasi baharu kariernya.

“Darwin Nunez menjadi keutamaan dan sasaran impian untuk Napoli mendapatkan khidmat penyerang. Rundingan akan dimulakan minggu ini untuk melihat peluang perpindahan itu melibatkan yuran serta gaji,” kata Romano menerusi laman sosial X.

Dalam pada itu, Romano percaya bahawa Liverpool tidak akan bertindak mengeluarkan dana yang terlampau besar untuk mendapatkan khidmat Alexander Isak, sebaliknya melihat Hugo Ekitike sebagai calon penyerang baharu yang munasabah untuk pasukan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI