fbpx

Perjuangan Sri Pahang berkubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SRI PAHANG yang berjaya mendapat Lesen Kebangsaan untuk musim depan membuat keputusan untuk menyertai saingan Liga M musim depan.

TEKA-teki penyertaan Sri Pahang dalam Liga Malaysia (Liga M) musi depan akhirnya menemui titik noktah apabila kelab itu sah menarik diri.

Pengesahan itu dibuat oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan yang mengumumkan hanya 13 pasukan akan mengambil bahagian termasuk kelab Brunei, DPMM FC dan dua wakil Liga A1 Semi Pro, Melaka FC dan Imigresen FC.

“Kesemua kelab ini telah diberikan Lesen Kebangsaan 2025-2026 oleh badan bebas First Instance Body (FIB) dengan kelab dari Brunei, DPMM FC diberikan kelulusan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) untuk bertanding dalam Liga Malaysia 2025-2026.

“Bagaimanapun, Sri Pahang FC yang turut mendapat Lesen Kebangsaan 2025-2026 membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam Liga M musim ini dengan mengemukakan surat pengesahan bertarikh 16 Jun.

“Dengan pengesahan 13 kelab ini, MFL menjangkakan satu lagi musim baharu yang menarik bakal disajikan buat penyokong tanah air apatah lagi dengan kemunculan semula DPMM FC dalam kancah bola sepak tempatan selain cabaran dari dua kelab AFL A1, Melaka FC dan Imigresen FC,” katanya.

Liga M 2025/26 akan bermula pada 8 Ogos ini, bermula dengan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan naib juara Liga Super, Selangor FC dalam aksi Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim.

Saingan Liga M dijangka berlangsung selama 10 bulan selepas selesai proses transisi musim lalu yang menyaksikan kelab-kelab mengharungi tempoh musim panjang selama 14 bulan bagi menyelaras kalendar Liga M selari dengan liga-liga utama luar negara.

Sementara itu, kejohanan Piala FA pula akan bermula pada pertengahan Ogos ini, Piala Malaysia dan Piala Cabaran pada Januari 2026.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI