fbpx
AZURA menunjukkan gambar terakhir anaknya, Muhammad Nur Daniel yang sempat dirakamnya semalam, sehari sebelum tragedi menyayat hati itu berlaku - Foto oleh AMRAN ALI

‘Ini anak terakhir kami, arwah pesan suruh jaga baik-baik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – “Arwah suami pesan suruh jaga anak baik-baik sebab ini anak terakhir kami.”

Demikian luahan Azura Abdul Malek Yaher, 37, isteri kepada Nurul Efendy Ibrahim, 35, yang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menjaga bayi mereka, Muhammad Nur Danial, berusia tiga bulan di rumah mereka di Kampung Perigi Hang Tuah, Duyong, pagi ini.

Lebih menyayat hati, bayi lelaki itu turut maut dipercayai lemas selepas ditindih lengan kanan arwah bapanya yang rebah secara tiba-tiba di atas katil.

Azura berkata, sebelum kejadian dia telah keluar menghantar dua anaknya yang berusia 16 dan 15 tahun ke sekolah dan meminta suaminya menjaga Danial buat sementara waktu.

Katanya, kebiasannya bayi tersebut akan dijaga oleh ibunya dan merancang untuk menghantarnya ke taman asuhan kanak-kanak (taska) mulai 1 Julai depan.

“Memang dia pernah cakap dada dia sakit, saya ajak pergi klinik tapi dia kata nanti dulu. Arwah suami pernah pesan cari pengasuh yang baik sebab risaukan keselamatan anak, dia kata ini anak terakhir kami dan tak nak jadi apa-apa,” katanya di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka, hari ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan awal oleh pegawai penyiasat tidak menemui sebarang unsur jenayah atau kecederaan pada tubuh mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI