fbpx

Palmero mampu jadi aset Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PALMERO (tengah) dimasukkan sebagai pemain gantian ketika membelasah Vietnam 4-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil minggu lalu. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

MASIH sukar untuk menzahirkan gambaran sebenar tentang kemampuan Gabriel Palmero memandangkan pasukannya, CD Tenerife B yang meminjamnya daripada kelab La Liga, Las Palmas bukannya berstatus elit dalam peta bola sepak di Sepanyol.

Pengalaman beraksi di pentas tertinggi agak terhad kerana perjalanan kariernya lebih banyak dihabiskan dalam saingan bawahan tetapi tahap kompetitif bola sepak di Eropah sudah diakui lebih baik berbanding apa yang dimiliki di negara ketika ini.

Daripada pakej sebagai pemain, ini adalah kesempatan terbaik buat Palmero berlatih dengan Harimau Malaya selepas membuat kap antarabangsa sulung ketika aksi persahabatan dengan Cape Verde.

Tidak banyak data diperolehi tentang corak permainannya, namun daripada persembahannya, ia menghadirkan khabar positif kerana dia seperti memenuhi tuntutan permainan sebagai bek kiri moden.

Apa yang diperlihatkannya ketika dimasukkan sebagai pemain gantian menentang Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 minggu lepas pastinya memberikan kelegaan kepada para penyokong Harimau Malaya.

Biarpun cuma bermain kurang 15 minit termasuk masa tambahan selepas masuk menggantikan La’Vere Corbin-Ong pada minit ke-81, namun masih menunjukkan persefahaman baik dengan Endrick dos Santos dan Imanol Machuca di sebelah kiri.

Begitupun, perlu diakui pemain berusia 23 tahun dilahirkan di La Palma, Sepanyol itu masih memerlukan lebih banyak minit permainan untuk tampil lebih baik bagi mewujudkan persaingan sihat dengan Corbin-Ong.

Palmero memiliki keupayaan untuk melakukan larian turun naik selain kepantasan, mentaliti menyerang dan keberanian melakukan gelecekan serta berani bergerak ke dalam daripada kawasan tepi padang boleh menjadi aset berharga buat Harimau Malaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI