MALAYSIA terus menjadi lokasi penganjuran persidangan bertaraf antarabangsa, antaranya acara kesihatan perdana di rantau ini, International Healthcare Week (IHW) 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 16 hingga 18 Julai depan.
Dianjurkan oleh Informa Markets, ia bakal menjadi platform transformatif dalam mempercepatkan inovasi kesihatan, memupuk kerjasama serantau, dan memacu pertumbuhan ekonomi menerusi sektor kesihatan.
Disertai oleh lebih 900 pempamer utama, peserta IHW 2025 berpeluang melalui pengalaman unik meneroka pelbagai sektor kesihatan, di samping menghadiri 125 sesi persidangan yang dirangka mengikut kepelbagaian sektor kesihatan.
Kosmo! baru-baru ini berpeluang berbicara dengan Pengarah Portfolio Rantau-ASEAN, Informa Markets, Rungphech (Rose) Chitanuwat mengenai acara berkenaan, yang menggabungkan lima pameran perdagangan antarabangsa utama di bawah satu bumbung meliputi keseluruhan rantaian nilai penjagaan kesihatan.
KOSMO!: Bagaimana acara IHW 2025 secara aktif memacu trend utama penjagaan kesihatan hari ini?
Rose: IHW 2025 mengumpulkan lima pameran perdagangan antarabangsa utama di bawah satu bumbung. Setiap pameran disertakan persidangan khusus yang disesuaikan dengan keperluan dan perkembangan industri masing-masing.
Informa Markets mencipta platform untuk industri dan pasaran berdagang, berinovasi serta berkembang. Kami menyediakan peserta pasaran di seluruh dunia peluang untuk berinteraksi, dan menjalankan perniagaan melalui pameran bersemuka, perkhidmatan digital yang disasarkan dan penyelesaian data dengan tindakan.
Kami melihat peningkatan pendigitalan, penjagaan peribadi dan penekanan yang semakin meningkat pada langkah pencegahan dan kesihatan mental sebagai beberapa trend utama dalam penjagaan kesihatan.
Terdapat juga penggunaan meluas diagnostik dan rawatan dikuasakan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi kesihatan digital, termasuk amalan penjagaan kesihatan yang mampan dan beretika.
Kami percaya bahawa matlamat IHW 2025 adalah sejajar dengan rancangan penjagaan kesihatan 2030 Kerajaan Malaysia yang terkandung dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Bagaimana IHW 2025 boleh menyokong Malaysia sebagai hab penjagaan kesihatan di rantau ini?
Pertumbuhan pesat pasaran penjagaan kesihatan Malaysia, perkembangan sektor pelancongan perubatan, lokasi rantau yang strategik, sokongan tinggi pihak kerajaan dan kemajuan berterusan dalam infrastruktur penjagaan kesihatan secara kolektif menjadikan negara ini sebagai tuan rumah yang ideal untuk IHW 2025.
Acara ini akan terus mengukuhkan status Malaysia sebagai hab penjagaan kesihatan utama di ASEAN dan berfungsi sebagai pintu kepada kerjasama penjagaan kesihatan global.
Sebagai pengerusi ASEAN 2025, Malaysia memainkan peranan penting dalam mempromosikan kerjasama penjagaan kesihatan serantau, membahaskan cabaran kritikal seperti seperti daya tahan rantaian bekalan, penggunaan kesihatan digital dan pembiayaan kesihatan yang mampan melalui platform seperti Sidang Kemuncak Kesihatan EU-ASEAN.
Dengan pendapatan pelancongan perubatan dijangka meningkat sebanyak tiga kali ganda menjelang 2032, IHW 2025 mengukuhkan daya tarikan global Malaysia dengan mempamerkan perkhidmatan mampu milik dan berkualiti tinggi serta inovasi pilihan rawatan yang pelbagai.
Melihat kepada kemajuan pesat dalam AI dan kesihatan digital, apakah penyelesaian khusus dikuasakan AI atau inovasi digital yang dipamerkan di IHW 2025?
HIMSS (Persatuan Sistem Pengurusan dan Maklumat Penjagaan) merupakan salah satu penganjur acara bersama IHW 2025 yang mengetengahkan transformasi digital, AI, keselamatan siber dan kecekapan tenaga kerja.
Terdapat ucapan eksklusif mengenai topik teknologi kesihatan termaju, demonstrasi interaktif dan pameran teknologi kesihatan digital, semuanya direka untuk meningkatkan pengetahuan dan memupuk inovasi dalam penjagaan kesihatan di Malaysia dan rantau Asia Pasifik.
Pasaran teknologi penjagaan kesihatan Malaysia dijangka akan bertumbuh pada kadar pertumbuhan tahunan terkompaun (CAGR) 17.9 peratus, dan IHW 2025 menyediakan platform global untuk mempercepatkan penggunaan digital dan inovasi dalam ruang ini.
Bagaimanakah penyertaan dalam IHW 2025 memberikan syarikat tempatan platform mengembangkan kehadiran ke luar pasaran domestik?
IHW 2025 ialah pemangkin untuk inovasi. Syarikat tempatan dan syarikat baharu akan mendapat manfaat daripada pendedahan kepada pelabur global, akses kepada platform pengenalan perniagaan, dan peluang untuk mempamerkan penyelesaian mereka kepada syarikat antarabangsa.
Ini merupakan masa yang tepat, tatkala Malaysia meningkatkan penggunaan penjagaan kesihatan digital.
IHW 2025 akan membawakan lebih 125 sesi persidangan, dengan pameran lebih 15,000 produk dan jangkaan penyertaan lebih 21,000 peserta.
Kami berharap untuk mencipta impak berkekalan dengan memajukan keupayaan penjagaan kesihatan Malaysia, memupuk rantaian bekalan yang berdaya tahan, dan membolehkan rantau ini menghadapi cabaran kesihatan awam masa hadapan melalui kerjasama, pendidikan dan inovasi.
Ini bermaksud lebih kerjasama antara pemain industri di lapangan, akses yang lebih mudah dan perkongsian maklumat.
Kami mengalu-alukan perniagaan di Malaysia untuk turut sama menyertai IHW 2025 dengan mendaftar di inthealthcareweek.com.