fbpx

‘Kesian… tapi apa boleh buat, kita ada undang-undang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan beberapa PATI berenang dan menaiki bot untuk meloloskan diri daripada ditahan pihak berkuasa.

PETALING JAYA – Aksi pendatang asing tanpa izin (PATI) sanggup terjun ke laut semata-mata mahu melarikan diri daripada serbuan Jabatan Imigresen (JIM) mencetuskan pelbagai reaksi netizen dalam kejadian dipercayai di Perairan Semporna, Sabah.

Menerusi perkongsian video di Facebook milik pengguna Sis Eiyam, kelihatan beberapa PATI bertindak nekad berenang dan menaiki bot untuk meloloskan diri daripada ditahan pihak berkuasa.

Rakaman berdurasi kurang seminit itu menunjukkan keadaan kelam-kabut ketika operasi dijalankan, dengan ada antara mereka sanggup mempertaruhkan nyawa demi mengelak daripada diberkas.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen menyuarakan pelbagai pandangan berhubung kejadian berkenaan.

“Kesian… tapi apa boleh buat, undang-undang tetap undang-undang. Kalau tidak dicegah, makin parah. Paling-paling pun kena hantar pulang je ni,” komen Masrina Abdullah.

“Ramainya… mereka sanggup buat apa sahaja asalkan dapat tinggal dekat Malaysia,” tulis Deline.

“Kenapa lari kalau tak salah? Kalau nak selamat, masuklah tempat orang dengan cara yang betul,” kata Marcella. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI