fbpx

Wanita dikhuatiri lemas kereta jatuh sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba melakukan operasi mencari mangsa yang hilang di Sungai Triang di Bera.

BERA –  Seorang wanita dikhuatiri lemas di Sungai Triang dekat Jalan Pasar Ayam-Bandar Baru Bera di sini semasa mengikuti aktiviti memancing bersama suaminya hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, dalam kejadian pukul 1.58 tengah hari itu, mangsa Sakirah Akop, 31 bersama bayinya berumur 13 bulan berada dalam kereta jenis Perodua Bezza di tempat letak kereta berdekatan sungai itu.

“Makluman awal yang diterima daripada saksi, mangsa bersama anaknya berada dalam kereta jenis Perodua Bezza dan secara tiba-tiba kereta bergerak menghala ke dalam sungai.

“Suami mangsa sempat menyelamatkan anak yang berada di dalam kereta manakala mangsa cuba keluar daripada kereta untuk menyelamatkan diri namun dihanyutkan arus deras,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, seramai 14 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bukit Angin dikejarkan ke lokasi kejadian bagi usaha mencari dan menyelamat mangsa.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) BBP Triang bertindak awal mencari mangsa dengan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air. 

“Manakala, anggota PPDA dari BBP Bukit Angin telah dimaklumkan perihal kejadian dan dalam perjalanan ke lokasi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI