fbpx

Hujan lebat landa utara Semenanjung, Kelantan petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir berikutan jangkaan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di lima negeri sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk dijangka berlaku di seluruh Perlis dan Kedah.

“Hujan lebat turut diramal di seluruh kawasan Pulau Pinang dan beberapa daerah di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar,” lapor MetMalaysia.

Kata MetMalaysia, cuaca sama dijangka berlaku di Kelantan meliputi daerah Jeli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI