fbpx

Kami semua bersedih atas kehilangan besar ini – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi Fadzil.

PETALING JAYA – Kementerian Komunikasi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan jalan raya pagi ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, beliau dan seluruh warga Kementerian Komunikasi turut bersedih dengan kejadian tersebut.

“Saya amat berdukacita menerima khabar tragedi kemalangan membabitkan pelajar-pelajar UPSI.

“Pastinya turut memberi kesan perit kepada komuniti UPSI. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka dalam kalangan orang beriman serta beramal soleh.

“Sama-sama juga kita doakan agar beberapa lagi yang cedera diberikan kesembuhan segera,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seramai 15 individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dengan sebuah Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik awal pagi ini.

Difahamkan bas UPSI itu dalam perjalanan ke kampus Universiti itu dari Jerteh, Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI