PETALING JAYA – Atlet muay thai negara , Johan Ghazali atau dikenali Jojo menyatakan rasa kecewa terhadap segelintir peminat sukan itu melemparkan komen negatif terhadap dirinya.
Komen tidak baik itu susulan kekalahannya dalam aksi One Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand malam semalam.
Jojo tewas dalam pertarungannya menentang wakil Colombia-Amerika Syarikat, Diego Paez dan aksi itu merupakan kekalahan keduanya.
Dalam hantaran di Instagramnya, dia meluahkan rasa kesal terhadap rakyat Malaysia yang memberi komen tidak baik terhadapnya.
Ujarnya, dia tidak mudah terkesan dengan komen negatif daripada peminat tetapi berasa malu dengan perangai mereka.
“Korang jangan harap la nak buat aku koyak dengan komen-komen bahalol korang, tapi aku malu, malu dengan mentaliti sampah orang aku sendiri,” ujarnya.
Jojo juga menyatakan mulai sekarang, dia akan hanya fokus pada diri sendiri dan mereka yang sentiasa menyokong dirinya sahaja.
“Bermula dari sekarang aku hanya mementingkan diri aku sendiri dan orang yang betul-betul ‘support’ aku,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, netizen telah memberikan pelbagai reaksi terhadap hantaran tersebut.
“Relax Jojo, abai je semua tu. ‘Time’ naik orang sanjung time jatuh orang kutuk tu macam lumrah pulak ek. Jalan terus bro. Ada ramai lagi Malaysian yang ‘support’ kau,” kata @Assapiko.
“Relax lah Jojo dengan mulut orang Malayisa. Israel pun koyak kena hentam dengan orang Malaysia,” seloroh @Muhammadaizatismail.
“Kena paham kelas berat Jojo ni ‘fighter’ semua padu-padu. Split decision pun kira hebat la umur baru 18 tahun. Abaikan je yang toksik, teruskan berjuang Jojo,” komen @Mohdady_0708 – KOSMO! ONLINE