fbpx

[VIDEO] Daesung cakap Melayu ‘beli jiwa’ peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan Daesung berkomunikasi dengan peminatnya menggunakan bahasa Melayu.

PETALING JAYA – Penyanyi Korea Selatan, Kang Daesung mencuit hati peminat-peminatnya apabila beliau berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Menerusi hantaran di platform TikTok milik @Gokpop_ Daesung dilihat mengucapkan beberapa perkataan dalam bahasa Melayu seperti ‘dah makan?’ dan ‘Malaysia ‘fans’ memang mantap’.

Pada penutup konsert, beliau telah mengakhirkannya dengan mengatakan ‘Terima kasih, sayang korang.”

Menjengah ke ruangan komen, netizen telah menyatakan keterujaan mereka melalui pelbagai reaksi.

“Siapa yang ajar dia? Tak kekok langsung dia cakap. Nampak ‘natural’,” komen @Nuyinnnnn00_

“Pandainya oppa Daesung cakap Melayu,” – ujar @Shiradeen

“Seronok tengok ‘k-idols’ yang bersungguh nak hiburkan ‘fans’ ni”-@Aznfsns – KOSMO! ONLINE

@gokpop_ [🇲🇾] When #DAESUNG trying to mix BM and English during his solo concert in Malaysia. Mantap gila 👍🙌 #DAESUNGinMY #DsWaveinMY #대성 ♬ original sound – GOKPOP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI