fbpx
KEHADIRAN beberapa muka baharu menyaksikan skuad kendalian Peter Cklamovski terlihat lebih ampuh

Penentu hujung jatuh Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERKEMBANGAN Harimau Malaya sejak beberapa minggu kebelakangan ini sangat mengujakan selepas berjaya mengikat pasukan di ranking ke-72, Cape Verde pada aksi persahabatan.

Selain itu, pengumuman mengenai kehadiran lima lagi pemain berstatus warisan juga menunjukkan keinginan skuad negara untuk benar-benar layak ke pusingan akhir Piala Asia 2027 ketika mereka perlu berdepan halangan seteru Asean, Vietnam malam esok di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Beberapa bulan lalu, mungkin tidak ramai yang memiliki keyakinan Harimau Malaya mampu melepasi halangan Vietnam terutama apabila statistik nyata tidak memihak kepada skuad negara dalam lapan pertemuan sejak lebih sedekad lalu.

Kali terakhir skuad negara berjaya menikmati kemenangan menentang Vietnam adalah pada Disember 2014 ketika di bawah bimbingan Datuk Dollah Salleh dan perlawanan kali ini dianggap peluang terbaik untuk menghapus badi dan menebus dendam sekiranya berjaya mencatat kemenangan kali ini.

Bagaimanapun, kehadiran lima muka baharu, Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo, Rodrigo Holgado dan Facundo Garces serta dua pemain sebelum ini, Hector Hevel serta Gabriel Palmero menyaksikan skuad kendalian Peter Cklamovski terlihat lebih ampuh.

Kredibiliti dan reputasi yang dibawa oleh pemain-pemain berkenaan berdasarkan kelab dan liga yang disertai melonjakkan keyakinan buat ‘ekor harimau sejati’ bahawa kali ini Vietnam tidak akan pulang girang

Biarpun kehadiran pemain-pemain berkenaan dipalit isu keabsahan status mereka sebagai pemain yang memiliki darah Malaysia, namun selagi urusan itu mengikut lunas peraturan yang ditetapkan, maka tidak ada sebab untuk mempertikaikannya.

Secara analoginya, Menara Berkembar Petronas yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia itu juga bukanlah dibina oleh 100 peratus oleh orang Malaysia, namun pada akhirnya ia menjadi mercu serta simbol untuk orang luar mengenali Malaysia dan kita juga menikmati rasa bangga itu.

Soal masa depan pemain tempatan yang dijangka malap dengan kehadiran pemain berstatus warisan ini hanyalah sekadar stigma paranoia yang tidak berasas ketika Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi dan Syihan Azmi sudah menunjukkan bukti kemampuan mereka untuk beraksi dengan baik pada aksi Piala Asia sebelum ini.

Keraguan terhadap kemampuan pemain tempatan untuk bersaing boleh dianggap sebagai satu ‘penghinaan’ terhadap bakat bola sepak serta menafikan kerja keras mereka saban hari untuk meningkatkan kualiti.

Walaupun mungkin kesan domino daripada keputusan membawa masuk pemain naturalisasi ini tidak akan dapat dilihat dalam tempoh terdekat, namun pembentukan budaya baharu dalam bola sepak ini pasti menghadirkan impak yang lebih positif untuk masa hadapan.

Ketika ini, ibaratnya untuk menyediakan satu juadah, bahan-bahan segar, elok, baik sudah tersedia, maka terpulang ke cefnya sahaja untuk mengadun semua resipi dan indvidu itu adalah Cklamovski yang bakal menentukan hujung jatuh nasib Harimau Malaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN