ENTAH kenapa sejak kebelakangan ini perkongsian Nadia Brian dalam aplikasi Thread mudah menarik perhatian Diva. Mana tidaknya, ada hantarannya seperti memberi bayangan sedang kesunyian dan mencari teman hidup.
Salah satunya, Nadia mencari kewujudan lelaki yang solo dan bijak di Malaysia.
“Tidak ada ke lelaki yang solat, solo, ada karier, bijak, ‘softspoken’ dan tinggi daripada saya di Malaysia ini,” katanya dalam aplikasi tersebut.
Rentetan itu, ramai yang membalas bahawa kriteria tersebut ada pada ramai lelaki tetapi mungkin Nadia masih belum diberikan peluang untuk mendapatkannya.
“Ramai sahaja lelaki begitu, awak mungkin berkawan dalam kelompok yang salah.
“Rasanya awak juga kena jadi wanita yang kriteria sebegitu, barulah Tuhan beri lelaki sama.
“Sebenarnya ada lelaki memiliki ciri-ciri tersebut, insya-Allah Tuhan akan berikan kepada awak pada waktu yang tepat,” komen netizen.
Cuma ada juga lelaki dengan sinis mengatakan kriteria lelaki begitu memang ada tetapi bukan untuk Nadia. Ada juga komen berbunyi, kita perlu jadi baik juga kalau nak dapat pasangan berkeperibadian serupa. Apa pun Diva doakan Nadia dapat bertemu dengan lelaki yang mempunyai ciri-ciri tersebut.
Bengang dihina, Nadia juga lantang bersuara, Siap perli, agaknya hanya ahli syurga sahaja layak mohon doa dan mengharapkan jodoh terbaik. Bagi Diva kalau sudah berani menjemput respons orang dalam media sosial, Nadia juga kena berhati kental bila diusik atau dihina. Yang lelaki-lelaki perasan bagus pula, reda sahaja dengan calon jodoh kalian atau pasangan sedia ada yang biasa-biasa, kalau kail panjang sejengkal jangan lautan bergelora macam Nadia hendak diredah. Bukan tak masuk ‘list’ tapi tak tercapai Mat, yang korang mamlu hanya kutuk dan hina. Usahkan nak ngorat Nadia, nak dekat pun belun tentu.
DIVA: Dengarnya ramai ‘naik gila’ lepas tonton Dia Bukan Syurga. Mudah betul kena tipu dengan drama televisyen!