GUA MUSANG – Laluan masuk ke Kelantan melalui daerah ini mulai sesak dengan kenderaan perantau yang mahu pulang ke kampung masing-masing menjelang sambutan Aidiladha, esok.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, berlaku kesesakan sepanjang lima kilometer di Kampung Mentara di sini yang merupakan pintu masuk Kelantan.
Katanya, anggota trafik telah digerakkan untuk memantau keadaan di lokasi tersebut.
“Lokasi lain yang sesak antaranya di Bukit Lanjut dan kawasan pembinaan Lingkaran Tengah Utama dekat Taman Wangi dengan kenderaan dilaporkan bergerak perlahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE