fbpx

Pemain muda Speedy Tigers dicabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAJMI (kanan) bersama ketua jurulatih, Sarjit Singh ketika pengumuman senarai akhir pemain baru-baru ini. - SADDAM YUSOFF

PENGURUS skuad hoki kebangsaan, Datuk Najmi Razak memberi peringatan tegas kepada barisan pemain muda agar tidak selesa dengan usaha sedia ada, sebaliknya menggandakan komitmen untuk benar-benar bersaing di pentas antarabangsa.

Teguran itu hadir menjelang kempen Piala Negara-Negara FIH 2025 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil yang bakal berlangsung dari 15 hingga 21 Jun ini di mana Malaysia bakal beraksi sebagai tuan rumah edisi ketiga kejohanan berprestij itu.

“Pemain-pemain muda ini selalu kata dia dah kerja kuat, dia berkorban. Tapi saya kata pasukan luar negara kerja lagi kuat daripada kamu.

“Jadi kalau rasa dah kerja kuat, kamu kena kerja tiga kali lagi kuat,” katanya pada sidang akhbar pengumuman senarai akhir pemain baru-baru ini.

Najmi turut menegaskan daya saing pemain luar negara jauh mendahului dari segi fizikal, mental dan kematangan di atas padang, justeru Speedy Tigers perlu keluar daripada zon selesa jika mahu membawa nama negara lebih jauh.

“Di luar bukan sahaja dari segi fizikal, tapi juga cara fikir dan kematangan yang kebanyakan negara itu jauh lebih tinggi daripada kita,” tambahnya.

Piala Negara-Negara FIH kali ini menyaksikan skuad negara mempertaruhkan gabungan pemain muda dan berpengalaman yang dianggap antara termuda dalam kalangan lapan pasukan bertanding.

Pengalaman dalam kejohanan itu penting buat pemain muda, lebih-lebih lagi ketika Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama Pakistan, New Zealand dan Jepun iaitu tiga pasukan yang kaya dengan sejarah serta kekuatan fizikal.

Malaysia sebelum ini menamatkan edisi pertama 2022 di tempat keempat sebelum jatuh ke tangga ketujuh pada edisi 2023/2024 menjadikan saingan kali ini dilihat sebagai medan terbaik mengukur potensi sebenar generasi baharu hoki negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI