fbpx

Amorim tak mampu pulihkan Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMORIM berdepan tugas cukup mencabar untuk memulihkan maruah dan reputasi United musim depan. - AFP

MANCHESTER – Legenda Arsenal, Martin Keown tidak merasakan Ruben Amorim sebagai individu yang mampu untuk mengembalikan Manchester United ke zaman kegemilangan daripada fasa gelap ketika ini.

Meskipun mara ke final Liga Europa, Amorim yang dilantik pada 11 November 2024, mencipta pelbagai rekod memalukan menyaksikan United mengakhiri kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ke-15.

Berdasarkan statistik, Amorim merekodkan prestasi lebih memalukan jika dibandingkan dengan Gary Neville yang pernah dikritik hebat ketika mengendalikan Valencia di Sepanyol sebelum ini.

“Saya masih meragui adakah beliau (Amorim) pengurus yang tepat buat United? Lihat sendiri berapa jumlah kekalahan mereka.

“Permulaan musim depan akan menjadi sangat menarik dan saya percaya ia boleh menjadi lebih teruk daripada sekarang. Saya tidak cuba untuk mensensasikan keadaan tetapi inilah hakikat yang anda perlu terima.

“United perlukan seorang jurulatih yang berpengalaman luas daripada pengurus sekarang (Amorim) jika mahu kembalikan zaman kegemilangan kelab ini,” kata Keown.

Menariknya, bekas pertahanan England itu menggesa pengurusan tertinggi United untuk melakukan segala-galanya dengan memujuk Jurgen Klopp kembali ke EPL menggantikan kerusi Amorim.

Klopp pernah mencipta magis dengan mengemudi Liverpool daripada kelab belasahan sehingga kini bergelar salah satu pasukan terbaik dunia menerusi pelbagai kejayaan sepanjang tempohnya dari 2015 hingga 2024. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI