fbpx

Pegawai kanan polis tumbuk muka penolong ketua daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pegawai kanan polis menumbuk muka penolong ketua daerah. - Foto Khaosod

BANGKOK – Seorang pegawai kanan polis menumbuk penolong ketua daerah di dalam bangunan kerajaan dalam kejadian di wilayah  Nakhon Sawan, Thailand, lapor portal berita MSNews hari ini.

Menurut portal berita Matichon, penolong ketua daerah itu memfailkan aduan terhadap pegawai kanan polis berkenaan kelmarin kerana bertindak ganas.

Pegawai kanan polis itu memasuki pejabat daerah di Nakhon Sawan untuk meminta dokumen mengenai orang awam.

Penolong ketua itu memaklumkan kepada pegawainya untuk mengambil kenyataan pegawai berkenaan  tentang hasratnya untuk meminta dokumen tersebut.

Pegawai kanan polis itu mempersoalkan mengapa dia perlu memberikan kenyataan kerana permintaannya sebelum ini tidak memerlukan prosedur sedemikian.

Apabila penolong ketua daerah itu berjalan untuk memberi penjelasan, pegawai kanan polis tersebut tiba-tiba berdiri dan menumbuk mukanya. 

Perbuatan pegawai kanan polis itu mengejutkan ramai orang yang berada di lokasi kejadian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI