Ayip bersama haruan menggunakan spoon. Lokasi kolam di kebun pisang yang ditinggalkan.

K2

Haruan kolam sekebun pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Mengikut cerita, tanah yang luas ini dahulunya adalah kebun pisang yang diusahakan oleh beberapa orang tauke Cina. Mereka telah mendirikan beberapa buah pondok sebagai tempat tinggal kepada lebih kurang 80 orang pekerja dari ‘seberang’.

Mereka telah membina kolam bersambung dengan beberapa batang anak sungai di kawasan rendah bagi mendapatkan bekalan air untuk tujuan memasak, membasuh, mandi dan menyirami tanaman pisang yang diusahakan pada masa itu.

Covid-19

Beberapa tahun kemudian, pandemik Covid-19 melanda negara kita.

Akibat kesukaran untuk melangsungkan hidup, pekerja-pekerja yang kebanyakannya dari Indonesia ini telah balik ke kampung halaman masing-masing.

Jadi, kebanyakan tauke di sini tidak lagi mengambil peduli dengan tanaman pisang yang telah mereka usahakan.

Ini menyebabkan kawasan kebun pisang di sini, mula dinaiki semak samun dan dikerjakan ‘orang kuat’ atau ‘orang besar jajahan’ (gajah).

Haiwan ini telah mengerjakan sehingga gondol semua pokok pisang di sini tanpa sebarang halangan daripada sesiapa pun.

Kolam banyak jasa

Kolam yang dahulunya banyak berjasa untuk menyiram tanaman terpaksa ditinggalkan begitu saja dan telah ditumbuhi semak samun di sekelilingnya. Untuk mendekatinya, kami terpaksa meranduk anak air dan semak samun.

Namun, tidak semua lokasi dapat kami terjah.

Satu hal yang seronok di sini, kebanyakan ikan haruan di kolam terbiar ini membiak dengan bebas tanpa sebarang gangguan daripada sesiapa.

Kedudukan kolam ini yang terletak jauh dari penempatan penduduk di jalan lama Jemaluang ke Kahang, Johor membuatkan ikan haruan dapat membiak bebas tanpa sebarang gangguan daripada kaki pancing luar.

Perjalanan

Kami berkumpul di sebuah pondok milik Bakar yang ter-
letak tidak berapa jauh dari lokasi kami akan memancing.

Trip singkat suku hari yang saya sertai di kolam ini bermula kira-kira pukul 3 petang.

Haruan yang membedal soft plastic.

Setelah bersusah payah meredah semak belukar, akhirnya kami sampai
juga di tepi kolam yang pertama.

Kami hanya berjalan menuruti jalan yang telah dibuka oleh ‘orang kuat’ hingga ke anak air di tepi kolam.

Tidak sampai seminit kami mencuba, haruan pertama sudah tergantung di hujung joran seorang sahabat kami.

Begitu mudahnya memancing haruan di kawasan ini kerana tak pernah diganggu oleh sesiapa pun.

Tidak seorang pun daripada kami
yang menggunakan umpan hidup
seperti katak.

Semuanya bergantung penuh pada umpan tiruan seperti soft plastic, sesudu, katak getah dan gewang replika ikan.

Saya dapat mengagak ikan haruan di kolam ini cukup makan berdasarkan kocakan-kocakan air oleh ikan kecil di permukaan kolam.

Sebab itulah semua ikan haruan diperolehi oleh kami tidak ada yang kurus, semuanya gemuk-gemuk belaka. Tidak sampai dua jam, kami telah memancing sekantung penuh ikan haruan.

Kami terpaksa balik awal ke pondok untuk memasak dan berehat pula.

‘Orang besar jajahan’

Pada keesokan pagi, kami ke tempat lain pula tapi masih dalam kawasan yang sama.

Sambutan yang kami terima tidak sehebat semalam. Bagaimanapun, rezeki untuk kami tetap ada.

Sedang seronok memancing, tiba-tiba terdengar suara pekikan dari arah hutan belukar.

Seingat saya, suara pekikan itu dalam tiga atau empat kali dilaungkan, mungkin khas untuk kami.

Mungkin juga ia memberi amaran bahawa kami sekarang telah memasuki kawasannya mencari makan.

Untuk mengelak sebarang keja­dian tidak diingini berlaku, ada baiknya kami beralah dengan memfokuskan tempat kami memancing semalam yang ikan haruannya kerap menyambar umpan.

Hasil yang kami perolehi pada pagi itu ‘lumayan’. Rezeki kami pada pagi itu lebih daripada cukup untuk
dibuat lauk.

Macam biasa kami masak dan makan dulu di pondok milik Bakar sebelum berkemas untuk pulang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN