PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkesempatan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, Omar Berrada.
Perdana Menteri itu juga turut bersua muka bersama pengendali pasukan Liga Perdana Inggeris itu, Ruben Amorim.
Pertemuan tersebut turut dihadiri para pemain dan pengurusan pasukan ASEAN All-Stars diketuai Ketua Jurulatih, Kim Sang Sik.
“Saya ucapkan selamat berentap buat kedua-dua pasukan yang akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Saya masih berfikir nak sokong siapa malam esok,” tulisnya di Facebook, sebentar tadi.
Terdahulu, pasukan Manchester United dijemput untuk mengadakan perlawanan bersama pasukan ASEAN All- Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok. – KOSMO! ONLINE.