fbpx

Pemandu lori mabuk rempuh pagar balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pagar Balai Polis Tawangharjo yang dirempuh. - Muria News

JAKARTA – Pagar sebuah balai polis di Grobogan, wilayah Jawa Tengah roboh akibat dirempuh sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mabuk, lapor laman berita Bhinneka Nusantara semalam.

Kejadian berlaku pada pukul 5.15 petang (waktu tempatan) semalam.

Menurut Ketua Unit Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Trafik Polis Grobogan, Inspektor Eko Arie, kejadian bermula apabila lori tersebut dipandu dari arah barat ke timur.

“Setibanya di lokasi, lori berkenaan memotong sebuah lagi lori sebelum ia terbabas dan melanggar kenderaan yang diletakkan di hadapan Balai Polis Tawangharjo,” katanya.

Tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu, namun kerugian yang dialami dianggarkan mencecah 20 juta rupiah (RM5,200).

Jelas Eko, ketika pemeriksaan dilakukan, pemandu lori terbabit didapati berada di bawah pengaruh alkohol ketika memandu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI