KLANG – Seorang wanita nyaris rentung apabila berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah flatnya di Taman Bayu Perdana – Klang di sini hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan kebakaran pukul 2.27 petang melibatkan sebuah rumah flat di tingkat tiga.
Katanya, seramai 13 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dan Andalas bergegas ke lokasi kejadian bagi tujuan pemadaman.
“Flat itu mempunyai empat tingkat kesemuanya dengan kebakaran di sebuah unit rumah di tingkat tiga.
“Terdapat seorang wanita berusia 27 tahun terperangkap didalam rumah berjaya diselamatkan oleh anggota bomba,” katanya hari ini.
Jelasnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecedaraan dengan anggaran peratusan kebakaran adalah 20 peratus. – KOSMO! ONLINE