fbpx

Remaja dibaham buaya depan mata rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan penampakan buaya yang menerkam mangsa. - Istimewa

JAKARTA – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mati dibaham buaya di hadapan rakan-rakannya ketika cuba mengambil bola yang terjatuh ke dalam sungai di Tanjung Jabung Timur, wilayah Jambi, lapor portal berita MailOnline semalam.

Muhammad Syahputra Almanda sedang bermain bersama rakan-rakan di padang kampung mereka, Sabtu lalu apabila dia mengejar bola yang ditendang ke arah sungai berdekatan.

Namun, ketika dia cuba mengambil bola tersebut, seekor buaya bersaiz empat meter panjang menerkam lalu menarik mangsa ke dalam air.

“Tidak lama selepas itu, saksi-saksi melihat mangsa di dalam mulut buaya,” kata polis.

Penduduk kampung yang panik membuat laporan kepada pihak berkuasa sebelum anggota penyelamat tiba dan mendapati mayat mangsa masih berada pada reptilia tersebut.

Pasukan penyelamat menyusuri sungai tersebut dengan menaiki bot sebelum menemukan mayat mangsa di dasar sungai pada pukul 9.05 malam (waktu tempatan).

Mayat remaja itu ditemukan dengan pelbagai kesan kecederaan dan diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI