fbpx

Jersi merah jambu jadi rebutan ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CARAPAZ

ROM – Pelumba sensasi Ecuador, Richard Carapaz nekad untuk memberikan segala-galanya bagi merampas jersi maglia rosa (merah jambu) ketika perlumbaan berprestij Giro d’Itali kini memasuki minggu terakhir.

Carapaz yang mewakili pasukan EF Education-EasyPost berada di kedudukan keempat keseluruhan, ketinggalan dua minit tujuh saat di belakang pendahulu menjelang baki enam peringkat terakhir yang akan mengharungi laluan berbukit mencabar di Alps.

“Kami menang dua peringkat perlumbaan, berada dalam kelompok teratas keseluruhan. Ini posisi yang ideal. Saya rasa sangat baik dan penuh motivasi untuk minggu terakhir,” kata juara Giro d’Italia 2019 itu.

Kemenangan Carapaz di peringkat ke-11 di Castelnovo ne’ Monti dan rakan sepasukannya, Kasper Asgreen di Nova Gorica membangkitkan semula semangat pasukan yang berhasrat menamatkan saingan di pentas tertinggi di Rom minggu depan.

Meskipun kemenangan di peringkat ke-11 tidak dirancang, Carapaz mengakui pengalaman tersebut membolehkan dia membaca situasi perlumbaan dengan tepat.

Menurut Carapaz, suasana dalam pasukan kini berada pada tahap terbaik apabila semua pelumba memahami peranan masing-masing dan memberi komitmen sepenuhnya dalam usaha membawa pulang jersi ikonik perlumbaan Itali itu.

“Saya bekerja dengan cara saya. Saya tahu apa yang perlu dilakukan. Saya tak  tertekan, saya biar kaki yang memutuskan. Jalan ke Rom memang sukar, tapi saya sudah bersedia,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI