fbpx

Bola sepak Malaysia tidak layak untuk JDT – Tunku Mahkota Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Mahkota Ismail.

JOHOR BAHRU – Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail bertitah bahawa arena bola sepak tempatan tidak layak untuk memiliki kelab bola sepak seperti Johor Darul Ta’zim (JDT).

Titah baginda, segelintir pihak masih tidak sedar dengan rekod dan sejarah dicipta skuad Harimau Selatan sepanjang 12 tahun ini, sama ada di dalam atau luar padang.

“Kita terperangkap dengan orang yang tidak dapat membezakan. 12 tahun memecah rekod dan mencipta sejarah dalam dan luar padang. Namun mereka masih tidak sedar.

“Bola sepak Malaysia tidak layak untuk JDT. Mereka perlu kembali kepada pemikiran anak jati. Piala Malaysia lebih penting daripada liga, dan menolak Piala AFC. Fakta tidak pernah menipu.

“Kita terlalu pantas dan maju untuk mereka. Mereka tidak biasa,” titah baginda di laman sosial rasmi miliknya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI