fbpx

[VIDEO] Isteri dirakam tolak muka Presiden Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Brigitte menolak muka Macron menggunakan kedua-dua tangannya dari sebalik pintu pesawat. - NBC News

HANOI – Wanita Pertama Perancis, Brigitte Macron dirakam menolak muka Emmanuel Macron sejurus sebelum kedua-dua mereka keluar dari pesawat di Vietnam ketika memulakan lawatan ke Asia Tenggara minggu ini, lapor laman berita Lancashire Telegraph.

Dalam video yang dikongsikan, Brigitte menolak muka Presiden Perancis itu menggunakan kedua-dua tangannya dari sebalik pintu pesawat.

Macron yang seakan-akan baru menyedari bahawa tindakan mereka dirakam, kemudian memandang ke arah kamera sambil tersenyum.

Insiden itu mencetuskan pelbagai spekulasi di Perancis dengan akhbar Le Parisien menulis: “Tamparan atau pergaduhan? Imej Emmanuel dan Brigitte Macron ketika mendarat di Vietnam mencetuskan banyak komen.”

Macron kemudian memberitahu pemberita bahawa mereka sekadar bergurau.

“Kami sekadar bergurau. Saya bergurau dengan isteri saya.

“Ia telah menjadi seolah-olah malapetaka seluruh planet,” katanya. 

Pasangan itu berkahwin sejak 2007 selepas bertemu di sekolah menengah, di mana Macron, 47, merupakan pelajar dan Brigitte, 72, seorang guru. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI