fbpx

Kisah benar di tingkat lima WTC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA produk dan buku yang dijual di reruai Media Mulia pada Pesta Buku Antarabangsa di WTC Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Dua buah buku terbitan Media Mulia Sdn. Bhd. mendapat sambutan memberangsangkan daripada pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini sejak 23 Mei lalu.

Buku bertajuk Apabila Lampu Dipadam dan Dari Mahkamah Syariah: Mahligai Air Mata merupakan antara koleksi terlaris di reruai Media Mulia yang menghimpunkan karya eksklusif daripada Kosmo! dan Mingguan Malaysia.

Eksekutif Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia, Zarul Shazwan Shahri berkata, kedua-dua buku itu mendapat perhatian ramai kerana kandungannya yang menarik serta dekat dengan pembaca tempatan.

“Mahligai Air Mata memuatkan kisah benar yang pernah berlaku di Mahkamah Syariah, manakala Apabila Lampu Dipadam pula menghimpunkan cerita-cerita seram dan misteri yang pernah disiarkan dalam Kosmo!.

“Ramai pengunjung tertarik apabila kita terangkan isi kandungan buku. Walaupun mereka baru pertama kali melihatnya, mereka terus berminat untuk membeli,” katanya ketika ditemui Kosmo! di reruai Media Mulia di PBAKL 2025.

Menurutnya, selain mendapatkannya di lokasi pameran, orang ramai turut boleh membeli kedua-dua buku itu secara dalam talian melalui laman rasmi jualan Media Mulia.

Bagi buku Apabila Lampu Dipadam dijual pada harga RM15 manakala Dari Mahkamah Syariah: Mahligai Air Mata berharga RM10.

PBAKL 2025 menyasarkan lebih 1.9 juta pengunjung sepanjang 10 hari penganjurannya dan terus menjadi antara pesta buku terbesar di rantau ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI