fbpx

Penghuni pangsapuri cemas, rumah jiran terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kebakaran melibatkan sebuah unit pangsapuri di Taman Bendera, Lintang Relau 1, malam tadi.

GEORGE TOWN – Penghuni Pangsapuri Taman Bendera, Lintang Relau 1, di sini, berdepan detik cemas termasuk ada yang berlari meninggalkan kediaman apabila sebuah rumah di aras lapan musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 11.28 malam itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Kebakaran melibatkan sebuah unit rumah pangsapuri yang terletak di aras lapan. Semasa kebakaran berlaku, tiada penghuni di dalam kediaman tersebut.

“Anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah kira-kira 40 peratus dan api berjaya dikawal pada pukul 11.56 malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan oleh Pasukan Penyiasatan (FIO). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI