fbpx

Tiga warga asing ditahan curi sawit di tanah kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesin yang digunakan bagi memindahkan hasil sawit di atas tanah Kerajaan Negeri secara haram di Kampung Paya Petai dekat Temerloh, semalam.

TEMERLOH – Tindakan tiga lelaki warga asing memindahkan hasil sawit secara haram di atas tanah milik kerajaan negeri di Kampung Paya Petai, di sini, membawa padah apabila mereka dicekup pihak berkuasa semalam.

Ketiga-tiga suspek diberkas ketika sedang memindahkan hasil sawit menggunakan sebuah kenderaan khas dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP).

Ketua UPNP, Saifullah Muhammad Ali berkata, tangkapan dilakukan hasil rondaan rutin yang dijalankan oleh anggota UPNP Zon Tengah sekitar daerah ini.

“Kira-kira pukul 12 tengah hari, anggota UPNP Zon Tengah telah membuat rondaan pemantauan di sekitar daerah Temerloh.

“Lebih kurang pukul 1.20 petang, anggota mula bergerak ke lokasi Paya Petai setelah membuat rondaan pemantauan di kawasan yang lain dan setibanya di lokasi berkenaan, anggota telah membuat pemantauan sekiranya terdapat sebarang aktiviti mencurigakan dan mendapati terdapat aktiviti mengutip hasil sawit dijalankan.

“Semakan mendapati bahawa aktiviti dijalankan di atas tanah Kerajaan, mukim Songsang, daerah Temerloh. Pegawai kemudiannya telah melakukan serbuan di kawasan berkenaan dan menahan tiga lelaki bersama sebuah ‘farm loader’,”katanya di sini hari ini.

Tambahnya, semakan lanjut mendapati tiada sebarang dokumen kebenaran dikemukakan oleh ketiga-tiga lelaki berkenaan bagi menjalankan aktiviti tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI