fbpx

Reruai Media Mulia PBAKL diserbu, lukisan karikatur jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana meriah di reruai Media Mulia yang mula dikunjungi orang ramai seawal pukul 10 pagi sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025, hari ini.

KUALA LUMPUR – Reruai Media Mulia Sdn. Bhd.,menerima sambutan hangat daripada pengunjung seawal pukul 10 pagi sempena kemunculan sulung mereka di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Ketua Pegawai Kewangan Media Mulia, Abd Wahid Idris berkata, aktiviti lukisan karikatur yang dibawa dalam reruai ini mendapat sambutan ramai, terutamanya daripada pelajar sekolah.

“Aktiviti hari ini sama seperti hari pertama (semalam), tetapi kami lebih menumpukan kepada lukisan karikatur kerana ramai pelajar sekolah yang hadir menunjukkan minat terhadap aktiviti tersebut,” katanya.

Antara tarikan lain di reruai Media Mulia adalah edaran percuma naskhah Kosmo! dan Utusan Malaysia sepanjang tempoh penganjuran PBAKL dari 23 Mei hingga 1 Jun ini.

Selain itu, pelbagai promosi menarik turut ditawarkan termasuk langganan akhbar dan platform kartun digital MMtoon, di mana pelanggan yang melanggan akan menerima potret karikatur percuma hasil karya pelukis karikatur Media Mulia.

Reruai tersebut juga mempamerkan bahan arkib akhbar serta mengadakan aktiviti teka silang kata dengan hadiah menarik.

Orang ramai dijemput mengunjungi reruai Media Mulia bernombor 10-09 di Aras 5, WTCKL untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI