fbpx

Azam Baki berani siasat tauke, layak terajui SPRM – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR (kiri) dan Azam (kanan).

JOHOR BAHRU – Tan Sri Azam Baki merupakan individu tepat menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini disebabkan keberaniannya menyiasat tauke-tauke besar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, itu merupakan perkembangan baharu yang sebelum ini tidak dilihat dalam agensi penguatkuasaan tersebut.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat terus menyokong SPRM dalam usaha membersihkan negara ini daripada rasuah dan salah guna kuasa.

“Saya tak nafi teguran, tetapi percayalah melihat kepada perkembangan SPRM sejak puluhan tahun lalu, ini merupakan kali pertama SPRM berani menggeledah tauke-tauke besar. Ini adalah kenyataan.

“Saya boleh ganti (Tan Sri Azam Baki) esok, tetapi saya tidak yakin individu yang baharu itu berani singgung tauke-tauke besar yang miliki wang berbilion.

“Jadi saya mohon rakyat berilah ruang sekejap kepada orang yang telah diamanahkan ini,” katanya ketika berucap merasmikan Kongres Nasional PKR yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini semalam.

Tambah Anwar, beliau boleh memaafkan insiden atau ketidak adilan yang berlaku terhadap dirinya namun tidak dapat memaafkan kesalahan dilakukan terhadap rakyat Malaysia.

Terdahulu, Azam Baki sekali lagi diberi mandat menerajui SPRM selepas disambung kontrak perkhidmatan bagi tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 13 Mei 2025 hingga 12 Mei 2026. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI