fbpx

Liga M: Sudah tidak ada jalan kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KDA FC gagal mendapatkan lesen kebangsaan untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.

TIADA talian hayat buat Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Perak FC untuk kekal beraksi dalam Liga Super walaupun berjaya melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai pada saingan musim lalu.

Ahli Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Mohd Hisamudin Yahaya menegaskan kata putus sudah dibuat memandangkan kedua-dua pasukan itu didapati gagal memenuhi syarat yang ditetapkan untuk mendapatkan lesen kebangsaan musim depan.

“Kedua-dua pasukan sudah gagal memenuhi syarat lesen. Liga Super juga sudah ada pasukan pengganti mereka iaitu Imigresen FC dan Melaka FC.

“Ia satu proses biasa, kalau dah gagal tu kena tengok balik pasukan. Memang tiada talian hayat lain kerana sudah tamat tempoh permohonan lesen.

“Kita sudah putuskan dalam mesyuarat dan jika mereka mahu beraksi dalam Liga A1, ia akan diputuskan kemudian,” kata Hisamudin.

Sebagai rekod, dua pasukan mewakili ‘nama negeri’ di Utara tanah air itu terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan liga utama negara selepas gagal mendapat lesen kebangsaan untuk beraksi pada musim depan.

Pengerusi First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Shariff menjelaskan dua pasukan itu gagal mendapatkan lesen kebangsaan selepas permohonan mereka tidak memenuhi kriteria kewangan yang ditetapkan oleh MFL selaku badan pengelola.

Sementara itu, Hisamudin turut memberi bayangan sebanyak 14 pasukan dijangka berentap dalam saingan Liga Super edisi 2025/2026 termasuk kehadiran pasukan baharu dari Brunei, DPMM FC sebagai kelab jemputan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI